Posts

Showing posts from 2017

Ahli dunia vs ahli akhirat.

   Ada seorang anak murid bertanya pada tok gurunya.    "wahai tok guru,  saya ni ahli dunia ke, atau ahli akhirat?" Jawab tok gurunya    "kalau kamu tidak tahu keadaan diri kamu,  aku lagi tak tahu keadaan diri kamu." jawab tok gurunya lalu menyambung lagi..    "tapi aku nak tanya kamu dua soalan,  dua soalan ini akan menentukan kamu ahli dunia atau akhirat."    "satu hari kamu berada di rumah,  lalu didatangi seorang laki laki, yang akhirnya menghadiahkan padamu seribu riyal. (kira seribu ringgitlah). Apa perasaan kamu?" tanya tok guru.   "seronoklah tok guru." jawab anak murid.   "baik. Kemudian, datang pula seorang lelaki miskin, datang pada kamu. Lalu kamu berikan pula duit itu kepadanya. Apa kamu rasa."   Anak murid hanya diam sahaja. Tok guru menyambung lagi.    "sekiranya kamu beri pada lelaki miskin itu,  kamu rasa lebih suka, lebih bahagia daripada kamu dapat duit itu, kamu ahli akhirat."   "